Seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun di Filipina dilaporkan cedera selepas berlaku letupan ketika cuba memasukkan plug extension ke dalam lubang soket di dinding.
Lapor Philnews, kejadian itu telah dikongsikan seorang pengguna Facebook, berserta gambar anaknya yang cedera.
Melalui gambar-gambar yang dimuatnaik, kelihatan kesan hitam dan gelembung dipercayai akibat letupan yang mengenai tangan anaknya.
Malah, wayar extension juga ‘cair’ dan mengalami kerosakan akibat kejadian itu.
Susulan itu, wanita berkenaan menasihatkan ibu bapa agar memantau anak-anak bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku. Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana anaknya masih hidup dan tidak terkena renjatan ketika tragedi itu.
Sebelum ini, satu kejadian renjatan elektrik telah mengorbankan seorang bayi berusia 2 tahun selepas mangsa memasukkan sudu besi ke dalam soket extension. Mangsa telah dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia, lapor Philnews.
Sumber: Philnews