Siakap Keli

TERKINI: 1,555 Kes Baharu Dicatatkan Dengan 6 Kes Kematian Hari Ini

Sebanyak 1,555 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 304,135 kes setakat Selasa (2 Mac 2021), jam 12 tengahari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 24,563 kes.

Daripada 1,555 kes baharu pada hari ini, tiga (3) kes merupakan kes import dan selebihnya merupakan kes tempatan di mana Selangor kekal tertinggi iaitu sebanyak 672 kes diikuti Johor 163 kes, Sarawak 159 kes, Kuala Lumpur 145 kes, Negeri Sembilan 115 kes, Pulau Pinang 106 kes dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 2,528 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 278,431 kes.

Sehingga kini, terdapat 204 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan enam (6) kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,141 kes.

Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini Covid-19

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.