Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Rentas Daerah Dibenarkan Di Semua Negeri Kecuali Sabah Bermula 5 Mac Ini

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan rentas daerah di seluruh negara kecuali Sabah bermula 5 Mac ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi.

”Sidang Khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri kecuali negeri Sabah, manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

”Bagi negeri Sabah sebenarnya, kerajaan negeri Sabah memohon agar sekatan daerah di Sabah dikekalkan lagi untuk tempoh dua minggu, kita paham Sabah merupakan negeri yang amat besar, satu daerah kebanyakan lebih besar dari beberapa negeri di Semenanjung,” katanya.

Sumber: Sidang Media

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.