Siakap Keli
Gambar: Mirror

Wanita Dilapor Belanjakan Lebih RM5k Untuk Kahwini Diri Sendiri Setelah ‘Berpisah’, Cium Cermin Papar Dirinya

Seorang wanita di Amerika Syarikat telah mengadakan majlis yang menelan belanja sebanyak £ 1000 (RM 5638.54) untuk berkahwin dengan dirinya sendiri selepas berpisah dengan teman lelakinya, menurut laporan TNN.

Wanita yang berasal daripada Atlanta itu bercadang untuk melangsungkan perkahwinannya pada Halloween, 2020. Namun selepas berpisah, dia tahu bahawa rancangannya itu perlu berubah.

Dia mula merancang perkahwinannya walaupun tidak mempunyai pengantin lelaki. Dia juga telah memesan kek dan baju pengantin serta telah membeli sebentuk cincin berlian.

Wanita yang berusia 35 tahun itu telah mengahwini dirinya sendiri dalam satu upacara yang diadakan secara rasmi. Dia menyatakan bahawa sebabnya melakukan sebegitu adalah kerana dia sudah penat untuk memuaskan hati orang.

Majlis perkahwinannya itu dilaporkan diadakan di Colorado dan dihadiri oleh rakan serta ahli keluarga terdekatnya.

Seperti yang dilakukan pengantin perempuan, dia telah berjalan menyelusuri lorong antara kerusi gereja dan membaca ikrar yang ditulisnya sendiri. Dia kemudiannya memakai cincin perkahwinannya sendiri dan mencium cermin.

Sumber: India Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.