Siakap Keli
Gambar: Sebanyak 30 individu, 25 pemain, seorang jurulatih dan pegawai berada di dalam bas mini ketika bas mereka bertembung dengan sebuah trak muatan yang datang dari arah bertentangan - footballsierraleone.net

Sembilan Pemain Bola Sepak Maut Nahas Jalan Raya Di Sierra Leone, FIFA Ucap Takziah

ISTANBUL, 3 Mac (Bernama) — FIFA pada Rabu mengucapkan takziah atas kehilangan sembilan pemain bola sepak yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Sierra Leone, lapor Agensi Anadolu.

“FIFA terkejut dan sedih dengan kematian tragis membabitkan sembilan pemain bola sepak dan jurulatih komuniti Makarie FC dalam kemalangan jalan raya di Sierra Leone.

”Presiden dan FIFA mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Nahas jalan raya itu berlaku pada Ahad di Makeni, utara Sierra Leone.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.