Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Gempa Bumi Kuat 7.3 Skala Richter Gegar Pantai New Zealand, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter menggegar pantai New Zealand hari ini dan mencetuskan amaran kemungkinan berlakunya tsunami.

Agensi pengurusan kecemasan New Zealand meminta penduduk yang merasakan gempa di pantai Pulau Utara untuk menyelamatkan diri ke tanah tinggi atau ‘sejauh pedalaman yang boleh’ pada awal Jumaat waktu tempatan.

“Sesiapa yang berada di sekitar pantai yang merasakan gempa PANJANG atau KUAT harus BERGERAK SEGERA ke tanah tinggi terdekat, atau sejauh pedalaman yang anda boleh,” katanya.

Saksi-saksi menggambarkan gegaran yang sangat panjang berlaku dengan keadaan bergoyang serta rumah-rumah mengeluarkan bunyi retak. Ianya dikatakan berlangsung selama satu minit, tetapi setakat ini tidak ada laporan mengenai mangsa yang cedera atau terkorban.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpusat di Hawaii memberi amaran bahawa gelombang tsunami mungkin terjadi dalam jarak 180 batu dari pusat gempa.

Difahamkan, gempa berkenaan terjadi kurang dari satu jam setelah gempa berkekuatan 3.7 magnitud berlaku di daerah yang sama sejauh 110 batu dari kota Gisborne.

Sumber: Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.