Siakap Keli

Jika Sesiapa Belum Dapat Melihat Paparan Seperti Ini, Tak Perlu Lagi Daftar Semula – YB Khairy

Baru-baru ini berlaku sedikit kekeliruan dalam kalangan orang awam tentang status pendaftaran vaksinasi COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian oleh KKM yang memetik perkongsian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebaliknya memaklumkan bahawa semua pihak yang sudah mendaftar diminta bertenang kerana sistem aplikasi sedang dikemas kini.

”MySejahtera sedang membuat kemaskini kepada semua yang telah mendaftar untuk vaksinasi. Pengguna akan mula melihat paparan seperti ini bermula hari ini.

”Jika sesiapa yang masih belum dapat melihat paparan seperti ini, tidak perlu lagi membuat pendaftaran semula. Tetapi jika anda telah membuat pendaftaran semula dan melihat tarikh yang dipaparkan adalah sama dengan tarikh pendaftaran semula, jangan khuatir, temujanji masih akan diberikan mengikut tarikh pendaftaran pertama dibuat,” katanya

MySejahtera sedang membuat kemaskini kepada semua yang telah mendaftar untuk vaksinasi. Pengguna akan mula melihat…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, March 3, 2021

Khairy turut menunjukkan slip pengesahan pendaftaran vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera miliknya.

Gambar: Twitter

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.