Siakap Keli

Kuat Sampai Boleh Sangkut 400 Helai Baju, Abang Ni DIY Buat Penyangkut Baju & Modal Bawah RM150

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau kita memang ada ilmu kemahiran tukang, rasanya tiada masalah jika mahu mencipta barangan rumah dengan ‘air tangan’ sendiri.

Salah satu barangan rumah yang amat penting tapi boleh dicipta sendiri tanpa perlu ‘merayau’ berjam-jam lamanya di kedai perabot ialah rak penyangkut baju.

Seorang warganet dari Sarawak, Shamsul Hafizi ada berkongsi kerja-kerja pemasangan rak penyangkut baju secara ‘DIY’ yang dihasilkannya sendiri.

Mari ikuti perkongsiannya dalam group Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI) di bawah ini.

‘DIY’ penyangkut baju

Total panjang 20 kaki. Satu set bersamaan lima kaki. Boleh dapat empat set.

Kos barang-barang:-

  • Shelf bracket 14” x 6 pair = RM99.00
  • Stainless steel flat washer 6mm x 40 pcs = RM8.00
  • Bolt & nut 3/16 x 1 .1/2 x 8 pcs = RM3.20
  • Skru = RM2
  • Skru plug =RM3
  • Batang silinder hollow aluminium 20 kaki = RM32.50

Total = RM147.70

Nota: ini harga beli di ‘hardware’ Sarawak, di Semenanjung mungkin murah lagi.

Berikut adalah gambar-gambar proses pemasangannya:-

Gambar: Shamsul Hafizi

Mula-mula buat melendut kat bahagian tengah bila letak baju banyak.

Gambar: Shamsul Hafizi

Improvise: tambah bracket kat bahagian tengah untuk elakkan batang hollow aluminium melendut.

Gambar: Shamsul Hafizi

Bahagian sambungan antara hollow aluminium dengan bracket.

Gambar: Shamsul Hafizi

Jelas Shamsul, limitasi had berat beban tidak dapat ‘diagak’ dengan tepat, namun kadar maksimum yang dianggarkan adalah kira-kira 100 helai baju bagi setiap set penyangkut.

“Dengan kos RM100 lebih itu boleh dapat empat set. Jadi keseluruhannya yang boleh disangkut adalah 400 helai baju atau seluar,” katanya.

Gambar: Shamsul Hafizi
Gambar: Shamsul Hafizi

Sumber: Shamsul Hafizi melalui Tukang Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.