Siakap Keli

TERKINI: Semua Individu Masuk Ke Sabah Perlu Jalani ‘Swab Test’ 3 Hari Sebelum Berlepas

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan bahawa semua individu yang akan memasuki Sabah perlu menjalani ujian swab dalam tempoh tiga (3) hari sebelum perjalanan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, hanya idividu yang berkeputusan negatif dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk ke Sabah dan tidak perlu menjalani kuarantin.

”Bagi pergerakan keluar ke Sabah iaitu untuk ke Semenanjung tidak perlu menjalani swab test sebelum berlepas.

”Walau bagaimanapun, individu daripada Sabah ke Sarawak atau ke Labuan perlu menjalani swab test dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas,” katanya.

Sumber: Sidang Media Ismail Sabri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.