Siakap Keli
Gambar: Tribunnews.com

(Video)”Saya Terharu,” ’Brader’ Ni Tolong Lipat Kotak Di Kafe Sementara Tunggu Pesanan Siap, Ramai Puji Dan Mendoakan

Baru-baru ini beredar di media sosial sebuah video yang memaparkan tindakan seorang driver ojek online (ojol)n yang melipat kotak di sebuah kafe di Indonesia.

Lelaki pertengahan umur yang merupakan seorang pemandu ojek, memakai jaket hijau sambil duduk melipat kotak yang tertera nama kafe tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi pemilik akaun TikTok bernama @agnesdelaaa.

Ketika dihubungi oleh Tribunnews.com, wanita bernama Agnes Reitzena itu bersedia menerangkan tentang kisah tersebut.

Menurutnya, video itu telah diambil di sebuah kafe yang terletak di kawasan Bandung pada Sabtu (27/2/2021).

Agnes menceritakan, pada awalnya dia yang menyedari berkenaan tindakan pemandu ojol itu.

Wanita berusia 24 tahun tersebut menyatakan, pada waktu itu, secara kebetulan dia sedang menunggu pesanannya.

Ketika dia sedang menunggu pesanannya siap, dia terlihat ke arah seorang pemandu ojol duduk tidak jauh dari tempatnya menunggu.

“Tidak jauh dari tempat saya duduk, ada ramai juga pemandu ojol yang turut menunggu,”

“Kemudian saya melihat salah seorang lelaki yang juga sedang menunggu, tetapi dia menunggu sambil melipat kotak yang digunakan untuk membungkus pesanan,” katanya.

Pemilik akaun Instagram @agnesdelaaa menyatakan bahawa pemandu ojol itu melipat kotak tersebut selama kira-kira 10 hingga 15 minit.

Selanjutnya, Agnes memberitahu tentang mengapa pemandu itu melipat kotak di kafe tersebut.

“Secara kebetulan, semua pekerja sibuk dengan tugas masing-masing. Dan ada kemungkinan kotak yang belum dilipat yang ada di atas meja itu diletakkan disana selepas pekerja berkelapangan,”

“Tetapi kerana pesanan belum siap, kotak itu tidak sempat untuk disediakan dan datanglah lelaki itu dan tolong melipatnya,” kata Agnes.

Mengetahui hal tersebut, dia tersentuh.

“Saya rasa ianya amat terharu, sama ada dia sering mengambil pesanan makanan di situ atau sebaliknya,” katanya.

Agnes menyatakan bahawa pemandu ojol itu melipat kotak tersebut sambil ditemani oleh seorang pemandu ojol yang lain.

“Ada seorang lagi pemandu ojol yang turut menolong lelaki itu,” katanya.

Tambahnya, ketika dia mengetahui bahawa video yang dikongsikannya itu menjadi tular, dia mengakui bahawa dia langsung tidak menjangkakannya.

“Pada mulanya saya tidak menjangkakannya, tetapi saya juga gembira kerana ramai orang yang mendoakan lelaki tersebut, walaupun saya sendiri tidak mengenalinya,”

“Dan banyak juga warganet yang merasa bersyukur dengan kehidupan yang mereka ada sekarang selepas melihat video saya,” kata Agnes.

Dia turut mendoakan pemandu ojol itu agar dimurahkan rezeki.

“Walau dimana pun dia berada, semoga tuhan memberikan perlindungan dan murahkan rezekinya,” ujar Agnes.

@agnesdelaaa

Selagi nunggu pesenan , bantuin ngelipetin box 🥺 , berkah terus ya pak ❤️ #VideoSnapChallenge #SelebizzaSearch #GENITonResso #fypgakni

♬ original sound – Hanjizoessoulmate

Sumber: Tribunnews.com

Aqmal Ezany

I write what is right