Salah satu cara untuk merehatkan minda adalah dengan menikmati keindahan alam semulajadi. Bagi pencinta alam, banyak lokasi menarik untuk diterokai di negara ini. Bahkan, ada juga yang tidak mengetahui kewujudan sesuatu tempat yang sememangnya menjanjikan ketenangan alam yang luar biasa.
Seperti perkongsian oleh seorang individu dikenali sebagai Ali menerusi Group Family Camping Malaysia mengenai sebuah air terjun yang dikatakan antara paling ‘garang’ dan tercantik di Malaysia.
Air terjun Berdebu, Dungun, Terengganu itu mengambil masa perjalanan lebih kurang lima jam untuk sampai. Tetapi, melihat kepada gambar yang dimuat naik, teryata berbaloi untuk dilawati. Sangat indah dan menenangkan jiwa!
Abang rasa nak claim inilah antara air terjun paling garang dan tercantik serta menawan di malaysia. AIR TERJUN BERDEBU, DUNGUN.
”Perjalanan lebih kurang 5 jam dari jalan luar. Berdekatan dengan Hutan Lipur Chemerong. Dua jam bermotor, hiking dan trekking lebih kurang 3jam (14km pergi balik). #abanghanyut IG/FB: back3basic.




Sumber: Ali Ali via Family Camping Malaysia