Siakap Keli
Kredit: Google

“Berubat Memang Disuruh Oleh Islam,” Dr MAZA Perjelas Mengenai Istilah ‘ Perubatan Islam’

Mutakhir ini kita sering dikelilingi dengan isu konflik tentang kesahihan ‘perubatan Islam’, biasanya yang melibatkan gangguan ghaib.

Tidak dinafikan, terdapat ramai ilmuan dan agamawan yang ‘pakar’ dalam bidang ini. Malah ilmu itu turut diwariskan dari generasi ke generasi bagi membantu mereka yang mengalami masalah gangguan tersebut.

Bagaimanapun, istilah ‘perubatan Islam’ itu sendiri turut pernah disalah gunakan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, sehinggakan berlaku perkara yang tidak diingini.

Justeru, mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. MAZA hari ini memberi satu penjelasan tentang isu ini di laman Facebooknya. Mari ikuti perkongsian ini.

Gambar hiasan | Kredit: Google

Tiada istilah ‘perubatan Islam’ yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi SAW semata-mata.

Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak.

Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi SAW, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan.

Maka, perubatan moden, atau Cina, atau India, atau Melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, tidak khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam.

Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal-usul perubatan tersebut.

Sumber: Dr. MAZA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.