Orang awam kini boleh membuat pendaftaran vaksinasi melalui dua lagi kaedah terkini, iaitu di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my atau di talian 1800-888-828.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan, ianya adalah alternatif yang disediakan kerajaan selain melalui aplikasi MySejahtera seperti sebelum ini.
“Dengan tambahan kaedah pendaftaran, saya berharap lebih ramai yang akan mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19.
“Vaksin yang akan diberikan telah dipastikan selamat dan berkesan, jadi tidak perlu berasa bimbang atau ragu-ragu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pendaftaran vaksinasi yang sebelum ini hanya menerusi aplikasi MySejahtera kini diperluas dengan kaedah pendaftaran…
Posted by Khairy Jamaluddin on Friday, March 5, 2021
Sumber: FB Khairy Jamaluddin