Siakap Keli
Gambar Via TT5 Perak

Tarikan Terbaru Di Perak, ‘Maze Park’ Dibuka Untuk Pelancong ‘Selami’ Era Kegemilangan Bijih Timah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, Kapal Korek Tanjung Tualang di Perak kini sudah menjadi muzium dan boleh dilawati oleh orang ramai.

Pernah beroperasi sejak tahun 1938, kapal korek tersebut menyimpan 1001 kisah industri perlombongan bijih timah di Perak.

Terkini, lokasi itu mempunyai tarikan terbaharu iaitu Taman Sesat atau Maze Park.

Gambar Via TT5 Perak

Menurut TT5 Perak di Instagram, taman yang dikendalikan oleh MB Inc Perak itu mempunyai keluasan 55,000 kaki persegi dan juga merupakan The Biggest Maze Park dalam Malaysia.

Anda boleh meneroka dan merasai sendiri pengalaman ketika era kegemilangan bijih timah suatu ketika dahulu.

Bagi anda yang berada di Perak, nanti bolehlah jalan-jalan di sini sambil mempelajari mengenai sejarah kapal korek.

Gambar Via TT5 Perak
Gambar Via TT5 Perak

Taman tersebut dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Bayaran untuk masuk ke taman itu adalah sebanyak RM5 seorang (tidak termasuk OKU dan kanak-kanak di bawah tiga tahun).

Jika anda ingin ‘menjelajah’ ke dalam kapal korek atau Guided Dredge Tour pula, bayaran bagi orang dewasa adalah sebanyak RM10 dan bagi warga emas(60 tahun keatas) serta kanak-kanak (3 hingga 12 tahun), bayarannya adalah sebanyak RM5 sahaja.

Sumber: TT5 Perak

Sofea

There's always another side to every story