Siakap Keli

(Video)”Dulu Pernah Takut..,” Wanita Akui Terima Layanan Baik Ibu Mentua Semasa Tidak Sihat

Bila memikirkan tentang perkahwinan, setiap wanita pasti tidak akan lekang untuk membayangkan mengenai bagaimana penerimaan ibu mentua terhadap diri mereka kelak.

Selain suami di sisi, mendapat ibu mentua yang baik juga merupakan satu kurnia yang bermakna buat wanita.

Menerusi perkongsian video seorang wanita di TikTok, dia bersyukur kerana dikurniakan dengan suami dan ibu mentua yang baik dan selalu memanjakan dirinya.

Video yang dikongsikan oleh Alesha dari Indonesia itu memperlihatkan ibu mentuanya yang menjaganya ketika tidak sihat.

@bisnishomealesha

Suami dan Kluarga mertua yg slalu memanjakan diriku🥺🥺🥺, dulu pernah takut mertua itu kayak di film2 kejam@😭

♬ Percayakan Rindu – tasya🕊

Hubungan Alesha dan ibu mentuanya dilihat sangat baik dan tidak kekok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang seronok melihat hubungan baik mereka.

Diakui bahawa tidak semua akan merasainya tetapi itu tidak seharusnya menjadi penghalang untuk diri anda sendiri sentiasa berbuat baik kepada ibu mentua, berdoalah semoga suatu hari nanti pintu hati mereka akan terbuka juga untuk anda.

Sumber: Alesha

Sofea

There's always another side to every story