Siakap Keli

Wanita Ini Buat Kek ‘Ikan Haruan’, Ramai Puji Nampak Macam Ikan Sebenar

Ramai yang mempunyai bakat memasak, tetapi untuk membuat kek dengan dekorasi yang kreatif dan pelbagai memerlukan kemahiran yang tinggi.

Seperti perkongsian oleh Dhia Aqilah menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mengenai kek ‘ikan haruan’ yang dibuatnya sendiri ternyata mengagumkan ramai sehingga meraih 7.4 ribu tanda suka dan ratusan komen oleh warganet.

Ikan haruan yang dibuat menggunakan fondant diletakkan di tengah-tengah kek tersebut. Sekali mata memandang, tidak ubah seperti ikan haruan yang sebenar dengan bentuk dan warna yang digunakan.

Ikan sungai pulak.. 2D kek. Kita masak kek ikan haruan jer.. Jangan risau ikan sungai ni tak hanyir. Rasa manis-manis je.. Haha.

Ada ke peminat ikan haruan? Masak apa sedap ye? Ikan tu dari fondant je bukan gumpaste. Buat last minit je pagi tadi baru siapkan insang kaler, coating cake dan rice paper sail.

Alhamdulillah jadi juga ikan.. Risau jadi kangaroo. Haha.

Rata-rata warganet menyifatkan kek tersebut adalah ‘sempurna’ kerana ikan pada kek kelihatan hidup selain memuji bakat yang dimiliki oleh wanita ini.

‘Perfect’, nampak real ikan tu

Cantik dan kreatif

Mesti suami suka memancing

Sumber: Dhia Aqilah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: