Siakap Keli
Gambar: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

“Terdapat Urungan Tikus Mati Dan Lipas..,” DBKL Tutup Kilang Memproses Rempah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak menutup sebuah kilang memproses rempah di Jalan Terolak, Taman Bamboo, semalam.

Menurut DBKL, setelah hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh 6 pegawai kesihatan mendapati bahawa terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh kilang tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi DBKL menerusi akaun Facebook rasminya seperti berikut:

DBKL TUTUP KILANG MEMPROSES REMPAH

DBKL melalui Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar hari ini, 5 Mac 2021 (Jumaat) telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah kilang memproses rempah di Jalan Terolak, Taman Bamboo.

Pemeriksaan oleh 6 pegawai kesihatan mendapati :

1) Tahap kebersihan premis tidak memuaskan;

2) Terdapat urungan tikus mati dan lipas berserta najis di sekitar ruang pemprosesan makanan dan gudang/stor produk siap;

3) Lantai, dinding serta peralatan dan kelengkapan pemprosesan kotor, berdebu dan usang;

4) Bahan mentah/makanan diletakkan kurang 0.45cm dari aras lantai;

5) Susunan stor tidak dikemas dengan baik dan tidak mengamalkan amalan FIFO.

6) Pengendali makanan seramai 25 orang (11 warga asing) bagaimanapun mempunyai suntikan tifoid dan hadir kursus pengendali makanan.

Sehubungan itu, tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah UUK 28(1) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuatkuasa 6 Mac 2021 dan kompaun UUKPPM (WPKL) 2016 UUK 25 (1)(c ) – JKAS 095859 telah dikeluarkan.

Pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis pengendali / pemprosesan makanan oleh DBKL diteruskan dari semasa ke semasa.

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Aqmal Ezany

I write what is right