Siakap Keli
Kredit: Rappler

“Saya Yang Buat,” Tular Foto Murid Ikat ‘Dakwat Pen’ Untuk Menulis, Rupanya Ini Kisah Disebaliknya

Baru-baru ini tular gambar seorang murid lelaki yang menulis menggunakan pen buatan sendiri ketika membuat kerja sekolah. Dalam gambar dikongsikan, murid itu dikatakan cuba menyembunyikan pen berkenaan kerana malu.

Hasil carian, kisah itu didapati berlaku di Filipina pada tahun 2019 di mana guru murid berkenaan, Maricor Baculanta telah berkongsi gambar itu di Facebook miliknya.

Menurut laman Rappler, murid berusia 8 tahun (2019) itu adalah Jan Kim Enario yang belajar di Sekolah Rendah Union Sta. Rita, Samar, Filipina.

Kongsi Maricor, dia telah memberi latihan kepada para murid sebelum terlihat sesuatu yang aneh pada pen Jan Kim. Bagaimanapun, dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana murid itu melindungi pen tersebut dengan tangannya.

Pun begitu, kerana bersemangat membuat tugasan, dia berhenti menyembunyikan pen berkenaan sekaligus membolehkan gurunya melihat pen tersebut, kongsi Rappler.

Setelah dilihat lebih dekat, Maricor mendapati pen itu dibuat menggunakan dakwat pen yang dilekat antara batang kayu menggunakan gelang getah.

Apabila ditanya dari mana dia dapat pen tersebut, jawabnya, “Akon la maam, ballpen ha amon balay na guba na an balayan.”

“Saya yang buat, puan. Ia pen yang rosak dan saya jumpa di rumah.”

Namun, disebabkan ia masih mempunyai dakwat, kanak-kanak itu mengubahnya menjadi ‘pen baharu’, tulis laman itu.

“Sebenarnya, pada usia itu, dia tidak sepatutnya menggunakan pen. Apabila dia bertanya saya jika dia boleh menggunakannya, saya tak tahu begitu rupa pen tersebut. Dia beritahu saya yang dia tak ada pensil, tapi ada pen. Saya benarkan dia menggunakannya cuma lain kali, dia patut menggunakan pensil,” kata Maricor.

Selain itu kongsi Maricor, Jan Kim sering menghadiri kelas tambahan yang diadakannya, khas buat para pelajar yang ingin berlatih membaca.

Katanya, kanak-kanak itu seorang yang bekerja keras, bersikap baik dan suka belajar.

“Katanya, dia ingin menjadi guru,” kongsi Maricor.

Sumber: Rappler

Amira

Love yourself.