Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Lelaki Dilapor Maut Diserang 7 Ekor Pitbull, Kulit Muka Dipercayai Dirobek Hingga Nampak Tengkorak

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas diserang tujuh ekor anjing jenis pitbull di Lageado Feio, Brazol pada 2 Februari lalu, lapor Daily Star.

Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 46, telah diserang anjing-anjing ganas berkenaan semasa bersiar pada waktu pagi di kawasan berkenaan sepertimana rutinnya sebelum kejadian.

Bagaimanapun, pada hari tersebut, lelaki malang itu diserang anjing yang dipercayai terlepas daripada pagar di ladang berhampiran sebelum diselamatkan orang awam.

Dalam tragedi berkenaan, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di muka apabila haiwan itu merobek kulit wajahnya sehingga menampakkan tengkorak mangsa.

Gambar: Daily Star

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu telah bertindak berani menghalau haiwan-haiwan berkenaan serta menghubungi ambulans bagi menyelamatkan mangsa, tulis portal itu.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Santa Cruz, kira-kira 20 batu dari tempat kejadian namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan berkenaan.

Ibu saudara mangsa dipetik berkata, “Dia seperti anak saya. Saya besarkannya sejak berusia dua tahun.

“Kami mohon individu yang memelihara haiwan ini agar menjaga (haiwan mereka). Kami tidak mahu orang lain melalui situasi duka yang kami sedang lalui ini,” katanya.

Setakat berita tersebut ditulis, polis masih menjalankan siasatan berhubung serangan itu dan mengesan identiti pemilik anjing-anjing berkenaan untuk dikenakan tindakan, lapor akhbar itu.

Salah seekor anjing dengan muka berlumuran darah. (Kredit: Daily Star)

Sumber: Daily Star

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.