Siakap Keli

PROLINTAS Hargai 300 Kakitangan Sempena Hari Wanita Sedunia

Seramai 300 kakitangan wanita dari pelbagai peringkat jawatan telah diraikan dengan pemberian hadiah istimewa oleh PROLINTAS hari ini, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021.   Tema sambutan oleh PROLINTAS pada tahun ini adalah Together We Are Stronger.

Sambutan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah telah menyampaikan cenderahati yang ditempah khas untuk kakitangan wanita sahaja. 

Untuk rekod, 300 kakitangan ini mewakili 43% keseluruhan bilangan kakitangan PROLINTAS yang terlibat mengendali operasi empat buah lebuh raya  seperti  Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam, (LKSA) Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dan dua buah projek pembinaan lebuh raya iaitu  Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Nur Farra