Jika orang Malaysia ada hobi-hobi yang tertentu seperti mengumpul setem atau memancing, lain pula ceritanya di negara lain.
Seorang lelaki di China dilaporkan mempunyai satu hobi unik dan mungkin boleh dianggap pelik iaitu mengumpul habuk pemadam.
Memetik laporan media Jepun, lelaki tersebut, Guang Ying, 18, mendakwa dia sudah berjaya mengumpul sisa-sisa habuk daripada pemadam yang digunakannya sejak darjah satu dahulu sehingga ke hari ini, iaitu selama 11 tahun.

Malah habuk itu bukanlah dikumpulkan di dalam sebuah bekas khas, namun digumpal dan dilekatkan sedikit demi sedikit hingga membentuk sebiji bola yang beratnya kini dilapor mencapai kira-kira satu kilogram.
Difahamkan, setiap kali menampal habuk pemadam yang baharu, Guang akan menyapu minyak masak di permukaan ‘bola’ berkenaan bagi memastikannya ‘kuat’, sebelum membalutnya dengan pembalut plastik.
Mungkin nampak macam mudah, namun proses mengumpulkan habuk yang kecil perlahan-lahan selama 11 tahun hingga menjadi sebuah bola seberat satu kilogram itu bukanlah sesuatu yang mudah.


Sumber: Oddity Central