Siakap Keli

“Jangan Korek Telinga, Biar Dia Keluar Sendiri,” Ini 10 Fakta Sains Tentang Tubuh Manusia Anda Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedar tak sedar ramai yang sebenarnya tidak tahu beberapa fakta tentang kesihatan dan anggota badan kita. Tidak dinafikan ramai yang menganggap ianya tidak penting, hanya tahu sihat sudah memadai.

Namun, ini beberapa fakta yang korang kena tahu dan ada yang membuatkan korang terfikir panjang. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Doktro Samhan menerusi laman Twitternya.

1. Tahukah anda yang tahi telinga kita ni sebenarnya adalah sejenis peluh.

Jangan korek tau. Biar dia keluar sendiri.

2. Tahukah anda, sebenarnya hidung kita menghasilkan sebanyak 1 cawan mukus/ hingus dalam sehari.

Tak hairanlah lepas korek tahi hidung, lepas tu dia muncul lagi.

3. Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan.

Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung. Bak kata Almarhum Ustaz Ismail Kamus, bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan ‘jalan’.

4. Buah pinggang sebagai penapis makanan

Jika rumah kita ada penapis udara, maka pada badan kita ni ada penapis bernama ‘buah pinggang’. Penapis ni lagi power. Sebab ianya boleh tapis benda tak ada khasiat yang kita makan. Kalau nak guna penapis ni lama, jangan ambil garam, gula serta makan terproses selalu.

5. Otak akan terbentuk sempurna pada usia 26 tahun

Oh ya, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai merepek.

6. Bakteria di telefon lebih banyak berbanding mangkuk tandas

Bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Bila last time lap skrin telefon tu?

7. Tahukah anda kenapa kita selalu letih lepas makan?

Sebab tenaga dalam badan kita digunakan untuk mencerna makanan.

8. Tahukah anda, bila kita bangun tidur setiap hari, kita akan 1cm lebih tinggi dari waktu nak tidur.

Sebab, tulang rawan lembut kita akan compressed sepanjang hari.

9. Tubuh badan hasilkan 30,000 sel mati setiap minit.

Setiap minit, badan kita menghasilkan 30,000 sel mati. Kemungkinan tempat yang banyak terhasil masa kita tidur. Jadi rajin-rajin kibas katil lepas bangun kalau taknak pepijat penuh kat katil.

10. Mimpi mengikut fakta sains

Berkenaan dengan mimpi pula, ianya terhasil bila aliran sel-sel otak saling ‘berlanggaran’. Tu sebab mimpi kita pelik. Yang lagi pelik, 12% dari kita ni bermimpi dalam keadaan hitam-putih. Dah macam mimpi klasik gitu.

Jadi, lepas korang tahu fakta sains menarik tentang tubuh badan mesti korang tengah berfikirkan?

 

Sumber: Dr Samhan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.