Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

TERKINI COVID-19: Lebih Rendah Berbanding Semalam, Hanya 1,280 Kes Baharu Hari Ini

PUTRAJAYA, 9 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,280 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini.

Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kes positif kini meningkat ke 316,269 kes dengan 18,704 kes aktif.

Menurut satu kenyataan, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 464 kes bersamaan 36.3 peratus.

Bagaimanapun kes harian seperti yang dilaporkan hari ini didapati menurun berbanding semalam yang mencatatkan 1,529 kes.

Sementara itu, 2,345 kes sembuh lagi direkodkan, ianya menjadikan angka sembuh keseluruhan turut meningkat kepada 296,379 kes.

Namun, sembilan lagi kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini dan angka kematian kini bertambah menjadi 1,186 kes.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.