Kebiasaannya, gambar bersaiz pasport diperlukan dalam pelbagai urusan atau borang permohonan tertentu. Selain mengambil gambar saiz pasport di kedai, anada sebenarnya boleh melakukan sendiri di rumah dengan cara yang sangat mudah.
Perkongsian oleh Umairra Razali di Facebook ini bukan sahaja boleh menjimatkan kos anda tetapi menjadi penyelamat bagi mereka yang memerlukan gambar pasport dalam kadar segera.
Hanya menggunakan telefon dan satu aplikasi dalam anggaran masa 5 minit untuk siap, DIY gambar saiz pasport ini sangat partikal dan memudahkan urusan ramai!
DIY GAMBAR PASSPORT GUNA PHONE DAN 1 APPS JE.
Step by step Beya tunjuk dekat gambar ye, senang je 5 minit siap. Okay ni hasil sebelum dan selepas ye. Boleh laa jimat RM12 ni.

Mula-mula download apps PICSART, picsart sahaja ye, yang lain jangan download.

Lepas dah siap download apps, tekan EDIT dan masukkan gambar yang hendak diedit untuk dijadikan gambar passport. Kemudian tekan CUTOUT.

Bila dah tekan CUTOUT dia akan keluar dua lambang ni, tekan lambang kepala dan badan orang tu. Dia akan tolong editkan siap siap, kalau nak adjust tekan yang sebelah dia tu.
Edit la sampai korang puas hati. Lepas tu jangan lupa tekan SAVE dan ianya akan masuk ke dalam album korang.

Ini adalah hasil selepas cutout tu. Background asal belakang dia akan hilang.

Lepas tu buka PICSART semula dan cari background yang berwarna biru ( BLUE BACKGROUND ) ke Plain background ke, bergantung kepada tujuan gambar korang dibuat. Kemudian klik gambar background yang korang berkenan.

Ni warna biru yang beya berkenan, lepas tu tekan ADD PHOTO. Masukkan gambar yang korang dah siap cutout tadi.

Dia akan jadi macam ni bila korang add photo, ha masa ni korang buat cantik cantik dan crop apa yang tak perlu. Kalau tak reti crop kat sini, crop dekat dekat gambar album korang nanti pun boleh. Kemudian tekan SAVE.

Selepas berhempas pulas berminit minit, maka terhasil lah seorang BIDADARI SYURGA. Tahniah untuk anda yang berjaya sampai ke peringkat ni. Boleh share kalau bermanfaat.

Sumber: FB Umairra Razali