Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Ada Kulit Dan Lemak Lebih Bawah Perut? Ini Yang Pemilik Kucing Perlu Tahu Tentang Kantung ‘Primordial’

Jika anda perasan, ada kucing yang mempunyai perut menggeleber dan berhayun-hayun ketika mereka berjalan. Sebahagian individu mungkin menganggap ia adalah masalah obesiti, namun sebenarnya kantung ini mempunyai fungsi tersendiri.

Menurut Sepicat, organ itu adalah kantung primordial yang kebiasaannya muncul ketika kucing menginjak dewasa. Biarpun ia boleh didapati dalam banyak baka kucing, sebahagian daripada baka kucing tidak mempunyai kantung tersebut.

Tambah portal itu, bahagian yang kelihatan seperti lebihan kulit dan lemak pada perut kucing itu berfungsi untuk menyimpan makanan, perlindungan serta memudahkan pergerakan kucing.

Ia menjadikan kucing lebih fleksibel untuk meregangkan badan selain memberi perlindungan pada bahagian abdomen jika kucing terlibat dalam pergaduhan.

Dipercayai kerana evolusi, sebahagian kucing mempunyai kantung primordial yang lebih jelas pada baka asli berbanding baka lain. Antaranya ialah kucing Bengal, Japanese Bobtail, Pixie Bob dan Egyptian Mau. Malah kongsi laman Sepicat, kantung ini lebih kerap didapati pada kucing jantan berbanding betina.

Sumber: Sepicat

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.