Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Apa Nak Buat Kalau Ada Orang Pukul Kita? Peguam Jelaskan Ada 2 Tindakan Korang Boleh Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang sekumpulan individu yang didakwa terlibat dalam pergaduhan bersama beberapa orang ‘influencer’ dalam satu kejadian di gelanggang futsal.

Isu itu mendapat perhatian ramai warganet, malah wujud beberapa ‘cerita’ daripada banyak sumber yang berlainan. Bagaimanapun individu-individu terlibat telah membuat kenyataan masing-masing bagi menjelaskan perkara sebenarnya.

Menyentuh tentang pergaduhan, jika kita sendiri yang terlibat dalam insiden itu dan kita menjadi mangsa serta dipukul oleh mereka, apakah tindakan yang harus kita buat?

Peguam jenayah, Mufarwa Farid ada berkongsi dua cara di sisi undang-undang yang boleh kita lakukan. Mari ikuti perkongsian ini.

Apa nak buat kalau ada orang pukul kita?

Bila ada orang pukul kita, ada dua tindakan boleh kita lakukan:

1- Report polis. Kes tu akan dibawa ke mahkamah oleh pendakwa raya. Orang yang pukul kita tu akan dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 (Seksyen 323 Kanun Keseksaan).

2- Saman. Kita failkan saman terhadap orang yang pukul tu dan kita boleh minta seberapa banyak ganti rugi yang kita mahukan daripada dia.

3- Boleh ke kita buat dua-dua? Ya boleh.

4- Boleh ke kita buat salah satu saja? Ya, pun boleh. Tapi, report polis tu wajib buat dulu.

5- Apa beza antara dua tu?

Kalau report polis, kes tu jadi kes jenayah. Kita tak perlu lantik peguam sebab ‘peguam’ kita adalah pendakwaraya. Dia akan backup kita di mahkamah nanti.

Kalau kita saman, ini hanyalah kes sivil. Kita perlu ambil peguam dan peguam akan uruskan prosedur dan backup kita di mahkamah.

6- Kalau takda duit nak bayar peguam macam mana?

Kalau takda duit, tak perlu saman. Tak perlu hire peguam. Biarkan saja kes tu jadi kes jenayah saja. Pendakwaraya itu percuma. Kita tak perlu bayar apa-apa.

7- Kalau saya report polis, tapi polis tak nak teruskan kes. Macam mana?

Dapatkan maklumat anggota polis yang ambil report. Nama anggota tersebut ada dalam report yang kita buat. Kemudian, buat aduan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

Anda boleh lakukan aduan melalui emel atau secara terus di laman web suruhanjaya ini.

Sumber: Mufarwa Farid

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.