Siakap Keli
Gambar: Mirror UK

Hanya Makan Roti, Juruterbang Ditemui Selamat Selepas 36 Hari Pesawat Terhempas Di Hutan Amazon

Nasib menyebelahi seorang juruterbang Brazil apabila dia berjaya ditemui dengan selamat selepas 36 hari setelah pesawat yang dipandunya terhempas di tengah-rengah hutan Amazon.

Antonio ‘Toninho’ Sena berlepas pada 28 Januari lalu dari Alenquer, Para, di wilayah Utara Brazil..

Dia dijadualkan menuju ke kota Almeirim tetapi pesawat jenis Cessna 210 dipandunya mengalami kerosakan enjin sehingga dia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Sepanjang menunggu untuk diselamatkan, juruterbang berusia 36 tahun itu hanya bertahan dengan mengambil roti yang dibawanya ke dalam pesawat sekaligus mengalami penurunan berat badan yang dramatik.

Gambar: Mirror UK

Mujurlah dia secara ajaibnya terserempak dengan sekumpulan penuai kacang yang menyalakan unggun api untuk pasukan pencari sehingga mereka dapat menemukannya.

Ketika Antonia menjumpai kumpulan itu, dia mengalami dehidrasi yang teruk dan berada dalam keadaan yang lemah dan mengalami lecet-lecet di badan.

Kemudiannya, pasukan mencari dan menyelamat berjaya mencarinya di perbandaran Almeirim pada 6 Mac lalu.

Gambar: Mirror UK

Pertemuan menyentuh hati antara Antonio dan keluarganya disiarkan secara khas di TV Brazil sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

”Satu-satunya perkara yang membuat saya kuat dan membolehkan saya keluar dari situasi itu secara hidup adalah cinta yang saya miliki untuk keluarga saya, keinginan saya untuk melihat ibu bapa saya dan abang dan kakak saya lagi,” kata Antonio yang mengalami kejadian tersebut dua hari sebelum ulang tahunnya yang ke-36.

Gambar: Mirror UK

Dia kemudian memberitahu media tempatan bahawa dia hampir lemas setelah mendengar bunyi gergaji dan menyeberangi sungai untuk sampai ke kumpulan penuai yang membantu memberikannya sedikit makanan.

”Maria Jorge dan semua penuai, terima kasih banyak untuk semuanya, saya sayang kamu sepenuh hati.

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang tidak pernah menyerah pada saya.

“Terima kasih, Tuhan, semua penghormatan dan kemuliaan untukmu,” kata Antonio.

Sumber: Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.