Ramai diantara kita yang suka sangat makan lauk yang bersambal ni. Kadang-kadang tu, kalau takde lauk yang bersambal ni, susahlah nak berselera.
Paling best, kalau lauk sambal tu adalah lauk sambal sotong. Memang menyelerakan sangat.
Tapi kadang-kadang tu, ada juga sambal sotong ni yang agak kurang sedikit dan tak menepati citarasa kita. Bukan apa, kadang-kadang sambal dia tu terlampau pedas sangat.
Nak makan pun susah, sampai berpeluh-peluh. Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook yang bernama Nurul Ateekah ini ada berkongsikan tentang caranya membuat sambal dan dijadikan lauk sambal sotong yang tidak terlalu pedas dan pastinya boleh membangkitkan selera anda. Bukan itu sahaja, sambal yang dikisar itu juga sesuai untuk membuat gorengan yang lain. Mudah, boleh terus tumis.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti caranya seperti berikut:
CILI KERING KISAR


CARANYA
1) Gunting cili kering, dan rebuskan sehingga lembut.
2) Apabila Sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi. (sebab dekat cili kering kadang-kadang ade warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang pon ade ulat.
3) Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4) Masukkan kesemua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak, kisar sehingga lumat.
P/s (kenapa letak minyak?? Membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau, dan bila kisar, cili nya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur.
5) Simpan kedalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara buat sambal sotong
Cara Masak sambal sotong agar tak kecut.
Didihkan air ,masukkan sotong,masak 4-5 minit.
Angkat Dan toskan sotong
Saya Guna 500gram sotong
1 senduk cili kisar tadi
Masukkan cili kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak dan sehingga cilinya masak. Masa masak cili nih, memang bau tumisan tu harum saja.
Apabila sudah pecah minyak, masukkan sehelai daun limau purut, dan 1 sudu perahan air asam jawa.
Masukkan gula, garam, serbuk belacan, dan Knorr. Gaul sebati.
Dan masukkan sotong, dan santan 2 sudu besar.
Kenapa masukkan santan? Sebab nanti sambalnya akan rasa berlemak dan sedap.
Dah siap sambal sotong.