Siakap Keli

“Mulut Nabil Tak Lekang Ucap ‘Masya-Allah’ Atas Pentas, Menangis Cerita Pengalaman Khuruj 3 Hari”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak ramai yang mengetahui kisah hijrah pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad. Dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi kisahnya kepada umum sebelum ini kerana bimbang akan mengundang kata-kata kurang senang daripada orang ramai.

Namun, menerusi siaran langsung di Youtube baru-baru ini di akaun PROMIS milik Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad atau lebih mesra dipanggil ‘bonda’, Nabil terbuka berkongsi kisahnya sehingga membuatkan ramai tersentuh dan mengalirkan air mata.

Perkongsian panjang lebar oleh Khaizura Khalid di Facebook yang mengangumi perubahan yang dilakukan oleh Nabil Ahmad ternyata menjentik hati ramai sehingga menjadi tular di media sosial.

Yang menonton Muzikal Lawak Superstar 2 malam tadi, mungkin perasan dengan perubahan Nabil yang sedikit cool dan mulutnya tak lekang sebut “MasyaAllah”.

Yang menonton Muzikal Lawak Superstar 2 malam tadi, mungkin perasan dengan perubahan Nabil yang sedikit cool dan mulutnya tak lekang sebut “MasyaAllah”.
Ketika Kak Lina menyatakan SOP, amalkan 3W (Wear Your Facemask, Wash Your Hand & Watch Your Distance), Nabil tambah 1 W lagi.
Wudhuk.
Katanya pastikan sentiasa berwudhuk. MasyaAllah Tabarakallah. Ahad minggu lepas, 28 Februari 2021, kita berpeluang menyaksikan LIVE 7am oleh Bonda Prof Muhaya dan KK Talib, bersama tetamu Nabil dan Zira. “Bermimpikah Aku?” tajuk topik pagi tu.
Kita pun tak tahu kisah, rupa-rupanya, Nabil ada khuruj 3 hari sebelum ini. Menangis Nabil nak kongsi kisahnya sebab takut orang ingat dia nanti menunjuk-nunjuk. Tapi bila Bonda Prof minta Nabil kongsikan, Nabil setuju share.
Nabil takut sangat orang kata, dia macam berlagak ke apa, sebab tu dia taknak langsung kongsi kisah dia. Tapi itulah, asyik menangis je, dengan kita pun menangis sama. Allahu Akbar.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Nabil kata, dia tak tahu pun geng motor yang lepak dengan dia selama ini semua jemaah.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Nabil kata, dia tak tahu pun geng motor yang lepak dengan dia selama ini semua jemaah.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Nabil kata, dia tak tahu pun geng motor yang lepak dengan dia selama ini semua jemaah.
Dorang tak pernah sesekali judge Nabil. Tak pernah ajak Nabil keluar 3 hari, malah Nabil tak tahu langsung kawan-kawannya itu semua khuruj.
Cuma Nabil tertarik hati dengan akhlak yang geng motor dia tunjukkan. Dan jemaah ini setiap malam mendoakan Nabil.
Kata Nabil, rumah tangga dia ada masalah, asyik bergaduh, solat tu solat tapi ada sesuatu yang missing.
Solat tu 4 waktu dapat buat, cuma subuh je selalu tinggal. Solat malam, memang jarang.
Bila Nabil kata nak keluar khuruj, Zira macam berat hati, tapi bila tiba harinya tu, Zira bagi juga pergi dan dalam masa tu baru rasa lain.
Sebab tak pernah berpisah, selalu ikut Nabil ke mana-mana. Jadi bila berpisah sekejap, baru ada rasa rindu, baru tahu hargai pasangan.
Dan, bila tengok Nabil balik, banyak perubahan Nabil, cara cakap, cara layan isteri dan anak-anak semua dah lain.
Ada satu pagi, Nabil bawak Zira dan anak-anak ke masjid nak solat subuh, AJK masjid kata tak boleh masuk, hanya AJK sahaja.

Nabil cakap, “Padan muka aku Ya Allah, dulu masa masjid ni boleh masuk, aku tak pernah pun nak masuk, nak bawak anak bini, sekarang dah tak boleh masuk masjid. Padan muka aku Ya Allah”.

Bila KK Talib tanya, adakah Nabil akan tinggalkan dunia artis ini, Nabil kata, ada dua jenis orang dalam industri ini. Ada yang well prepared yang nak jadi artis / celebrity. Belajar seni, masuk kelas pengacara, kelas tarian, kelas lakonan dan sebagainya.
Sedangkan Nabil, ini adalah kerja dia. Ini tanggungjawab dia untuk teruskan dakwah di kalangan artis.
Dia masih pelajar, dia harap Allah jangan marah dia jika dia melakukan kesalahan, sebab dia masih lagi baru.
Dunia ini 2 minit setengah sahaja. Tak lama. Nabi SAW adalah manusia yang paling sibuk nak selamatkan umatnya di akhirat nanti.
Kenapa kita tak tolong Nabi SAW yang sayang kita sejak 1400 tahun dulu, sambung dakwah Baginda?
Nabil cakap, kenapa selama ini dia bangun tidur tak macam orang Islam. Patutnya, bangun tidur, sebut Alhamdulillah, syukur sebab Allah masih pinjamkan nyawa.
Berkali-kali Nabil nangis sambil kesat airmata dia. Di akhir perkongsian tu, Bonda ada ulas cara Nabil kesat air mata tu.
Sangat betul, itu cara sebenar kesat air. Adalah Bonda sebut dalam Sains gitu gini pasal mata. Kita pun lupa.
Lepas tu, Bonda kata, maknanya Nabil ambik wudhuk di muka itu memang cara Nabi SAW berwudhuk, cara sapuan air di mata. MasyaAllah.
Merinding bulu roma kita. Rasa kerdil sangat. Rasa banyaknya dosa, banyaknya benda sia-sia yang kita buat.
Nabil sambung lagi, kisah seorang lelaki yang yang nak berdakwah ke jalan Allah. 3 kali Rasulullah SAW tanya, betul ke? Lelaki tu kata ya.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “ujian yang datang seperti air terjun yang jatuh ke sungai. Bertimpa-timpa”.
Sungguh. Bila kita nak dekatkan diri ke jalan Allah tu, akan banyak ujian yang datang. Mulut orang yang negatif, contoh
“Eleh, sekejap je tu, sebulan nanti, balik ke asal”. Jarang mendoakan agar orang yang cuba berubah kepada kebaikan itu supaya istiqomah.

Nabil dan Zira harap sangat semua orang doakan mereka sentiasa istiqomah dan ada keturunan mereka yang jadi orang alim.

Masa tu, 2K yang menonton LIVE tu, semua mendoakan Nabil. MasyaAllah. Terkejut juga Nabil ada di MLS2 malam tadi. Sebab sebelum ni tak ada. Kita suka tonton MLS2 kali ni, sebab jurinya Dato Awie, Puan Fazura dan Zul Ariffin sangat telus, matang dan komen yang membina.
Dato’ Awie pun sebelum ni tegur peserta yang buat lawak slapstick, yang double meaning, yang persendakan agama. Puan Fazura pun sama, tegur kalau ada peserta yang merendahkan orang lain, menyamakan perempuan dengan nilai yang rendah. Begitu juga Zul Ariffin, sentiasa beri komen membina dan jujur.
Dan, Alhamdulillah, peserta pun malam tadi, nampaknya letak banyak content berunsur nasihat. Dalam berlawak, ada mesej yang disampaikan. Seirus kita suka MLS2 sekarang. Bukan kosong, tak ada nilai, banyak pengajaran dan moral. Juri pun tak bias, rasa best bagi 5 stars, tak best bagi 2 stars. Tak ada favouritism.
Tu pendapat kitalah. Tak tahulah orang lain. Kita harap banyak lagi kebaikan dalam semua program TV. Biarpun program lawak, tapi ada mesej yang nak disampaikan. Pada kita, kita pandang dari sudut positif, ambik mana yang baik.
Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita semua, termasuk Nabil dan Zira, dan juri serta peserta MLS2. Aamiin YRA. Manusia itu sama sahaja di sisi Allah, yang beza iman dan taqwa. Kita tak layak nak judge orang, apatah lagi orang yang kita kenal hanya di media sosial.
Begitulah.
Aja Aja Fighting

#CikTipah

Pendosa Yang Ingin Ke Syurga.

Sumber: FB Khaizura Khalid, Youtube PROMIS

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.