Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memaklumkan mengenai kemaskini terbaru harga runcit produk petroleum bagi tempoh 11 Mac 2021 sehingga 17 Mac 2021.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter.
Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 11 Mac 2021 Sehingga 17 Mac 2021. pic.twitter.com/CaTnqOBPrn
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) March 10, 2021
Sumber: MOFmalaysia