Siakap Keli
Gambar: FB Polis Daerah Kluang

Viral Foto Seakan-akan ‘Polis Trafik’ Jadi Rider Foodpanda, IPD Kluang Sahkan Itu Bukan Anggota Polis

Baru-baru ini tular di media sosial sekeping foto memaparkan seorang penghantar makanan Foodpanda sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Mungkin foto tersebut nampak macam biasa sahaja, namun apa yang ‘mencuri’ perhatian adalah seluar yang disarungkannya.

Foto tersebut yang dimuat naik oleh seorang warganet itu disertakan dengan kapsyen pendek bertulis “Buat part time kah?” disusuli emoji ketawa.

Difahamkan, warganet itu dipercayai menganggap anggota ‘polis trafik’ tersebut membuat kerja sampingan sebagai penghantar makanan Foodpanda, berdasarkan jenis seluar yang disarungkannya ketika itu.

Gambar yang tular di media sosial.

Hantaran itu ditangkap layar dan sekali lagi tular serta mendapat maklum balas negatif, rata-rata mendakwa warganet tersebut seakan mempersendakan ‘polis’ itu.

Bagaimanapun isu ini akhirnya terjawab apabila Polis Daerah Kluang, Johor mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaannya hari ini.

Ketua polis daerah dedah perkara sebenar

Ketua Polis Daerah, ACP Low Hang Seng berkata, penghantar makanan Foodpanda itu bukanlah seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang yang membuat kerja sampingan, seperti yang didakwa dalam hantaran tular tersebut.

“Pihak polis telah menafikan berhubung perkara ini seperti yang ditularkan itu.

“Individu yang ditularkan merupakan pekerja penghantaran makanan (Foodpanda) telah hadir ke IPD Kluang dan mengesahkan bahawa dirinya yang diviralkan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan perkara-perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara tersebut daripada ditularkan.

“Perkara-perkara seumpama ini boleh mendatangkan kegusaran dan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Low Hang Seng turut menegaskan bahawa hukuman undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang menularkan sebarang maklumat tidak sahih.

“Bagi orang ramai yang menyebarkan perkara seumpama ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 (3) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998.

“Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya lagi.

Sumber: FB Polis Daerah Kluang
Sumber: FB Polis Daerah Kluang

Sumber: FB Polis Daerah Kluang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.