Tindakan pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyentuh hati para guru dan orang ramai.
Tidak dinafikan sesetengah pelajar menyambut ‘hari kemerdekaan’ mereka dengan menconteng baju dan melakukan perkara-perkara ‘lagha’ namun, pelajar MTD ni menamatkan peperiksaan akhir SPM dengan sujud syukur.
Permandangan ini begitu menyentuh hati masyarakat. Mereka meraiakan hari kegembiraan mereka dengan bersukur dan berterima kasih kepada Tuhan.
Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Putera tersangat berdisiplin dan hormat kami. Senang kami untuk jaga putera ini semua.
Walaupun kami baharu mengenai putera ini, namun rasa sayang dan terhutang Budi pada putera ni. Bila putera jumpa kami, mereka akan hormat tidak sama dengan kebanyak murid zaman sekarang.
Putera ini tidak banyak kerenah. Bagi je kertas peperiksaan mereka akan tunduk dan tekun menjawab. Bila siap barulah angkat kepala. Yang keluar pergi tandas boleh bilang dengan jari dari hari mula jaga SPM sehingga ke kertas terakhir.
“Tapi yang paling tersentuh bila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas tadi.”
Suci murni hati mereka. Kita boleh beza orang yang hormat pada ilmu dengan orang tidak hormat. Cikgu Piji doakan kejayaan kamu semua putera MTD.
Ingat pesan Cikgu jaga Solat dan jaga agama. In Shaa Allah kejayaan dan kemanisan akan muncul kelak. Teruskan berdisiplin dan hormat pada semua orang.
Sumber: Hafizi Amran