Setiap perkahwinan itu ada pasang-surutnya. Semua pasangan mengidamkan hubungan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.
Namun tidak dinafikan, ada hubungan yang tidak mencapai hasrat agung itu, lalu terputus di tengah jalan dan berakhir atas nama lafaz penceraian.
Perlu difahami, bukan semua penceraian itu dilafaz dalam nada ammarah. Demi kebaikan masing-masing, ada juga pasangan mengambil keputusan untuk bercerai secara baik.
Jadi bagaimanakah sebenarnya cara untuk mereka yang memilih ‘jalan’ ini untuk berpisah secara baik mengikut prosedur syara’?
Mari ikuti perkongsian oleh individu yang berpengalaman berkhidmat di mahkamah syariah, Faisal Rahim di bawah ini.
Sebab pernah kerja Mahkamah Syariah, aku kongsi langkah-langkah kalau nak BERCERAI secara baik (persetujuan bersama).
Sebelum tu, cerai ada beberapa jenis.
1. Secara baik.
2. Tanpa persetujuan bersama.
3. Fasakh
4. Takliq
5. Tebus talaq
6. Luar mahkamah.Semua flow berbeza. https://t.co/PmLyL7oWpP
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
Kalau cerai secara persetujuan bersama (baik), ia proses paling MUDAH. Sebab dua-dua telah bersetuju untuk berpisah.
Tak perlu peguam sebab takde proses perbicaraan.
Langkah-langkah:
1. Pastikan mohon di Mahkamah Syariah tempat mastautin. Bukan duduk N9, mohon di KL.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
2. Daftar penceraian di MS dengan isi borang + bayar yuran pendaftaran. Masa tu akan dapat tarikh hadir ke mahkamah (max 21 hari). Bukan korang je nak cerai, ada beratus pasangan lain.
3. Sampai tarikh tu, kedua-dua suami isteri kena hadir. Bawa Sijil Nikah & MyKad.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
4. Mahkamah dapatkan persetujuan cerai dari kedua-dua pasangan. Kemudian suami akan LAFAZ TALAQ satu.
5. Mahkamah akan keluarkan ‘Perintah Daftar Cerai’. Masa ini memang sah kedua-duanya bukan lagi suami-isteri (legal).
6. Bawa surat tu ke Pejabat Agama untuk daftar cerai.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
7. Kat Pejabat Agama, mereka perlukan Sijil Nikah, IC dan Perintah Daftar Cerai Mahkamah Syariah tadi.
8. Jabatan Agama daftarkan cerai dan keluarkan ‘Sijil Cerai’ sebagai bukti penceraian berlaku.
9. Selesai.
Kat Selangor, kalau cerai secara baik ni ada ‘fast-track cerai’.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
‘Fast Track’ ni proses kat Mahkamah tadi, boleh selesai dalam sehari je. Datang awal pagi, petang dah selesai.
TAPI.
1. Kena datang awal pagi (selain Rabu dan Jumaat).
2. Kena bercerai baik, takde pertikaian yang perlu masuk bicara hakim.
3. Sebab penceraian jelas.— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
4. Alasan cliche ‘Tiada Persefahaman’ tu memang hakim jarang terima. Kena tulis jelas, contoh penderaan fizikal, tak bersama atau bertegur sapa lebih setahun dll.
5. Isteri kena suci masa daftarkan cerai.
Kalau haritu kes Mahkamah penuh, baru diberi hari lain.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
Kalau bercerai bergaduh ni biasanya perlu masa yang panjang. Sebab kena lalu j/k pendamai & masuk bicara dengan hakim.
Kalau Fasakh/Ta’liq pula kena lantik peguam untuk pembelaan dan tuntutan balas. Kena bawa bukti (laporan doktor, resit, bil dll).
Kalau rajin aku sambung.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
Kesimpulannya, proses cerai secara baik ni lebih mudah & cepat nak selesai.
Bila ada pertikaian, hakim kena dengar hujah kedua-dua belah pihak dan bawa bukti berkaitan.
1 pasangan makan masa 45 minit bicara. 1 hari tak dapat dengar kes banyak. Tapi yang daftar banyak.
Itulah.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 9, 2021
Sumber: Faisal Rahim