Penciptaan gear transmisi automatik telah banyak memberi manfaat kepada pengguna. Gear automatik ini membuatkan pemanduan menjadi lebih mudah, terutamanya bagi beginner yang baru nak berjinak-jinak belajar memandu.
Walau bagaimanapun, ciptaan ini juga mempunyai keburukannya tersendiri. Jika cara menggunakannya salah, ianya boleh mengakibatkan kerosakan yang mahal. Namun ianya boleh diselamatkan sekiranya anda tahu perkara yang boleh dan tak boleh dibuat semasa menggunakan gear automatik ini.
Berikut adalah 5 perkara yang tidak boleh anda lakukan semasa memandu menggunakan gear automatik, menurut penjelasan dari sudut kejuruteraan yang dikongsikan menerusi laman Motor Biscuit.
Jangan guna gear neutral semasa turun bukit
Ramai pemandu yang percaya bahawa guna gear neutral semasa turun bukit boleh menjimatkan minyak. Apa yang anda tidak tahu adalah, meletakkan gear dalam posisi neutral hanya akan melambatkannya dan tidak menjimatkan minyak pun.
Gear neutral juga boleh ambil alih kawalan kenderaan anda. Ini bermaksud bahawa sekiranya berlaku kecemasan, anda mungkin tidak dapat menggerakkannya.
Jangan sesekali tukar gear sebelum betul-betul berhenti
Sesetengah orang akan menukar gear kereta mereka sebelum kenderaan mereka berhenti sepenuhnya. Anda sepatutnya tidak boleh menukar gear daripada gear mengundur ke gear memandu tanpa menghentikan kenderaan anda sepenuhnya terlebih dahulu.
Anda mungkin ingin cepat tetapi logiknya kenapa anda mahu menggunakan gear untuk menghentikan kereta dan bukannya brek.
Tambahan lagi, anda akan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membaiki gear anda bagi menggantikan keseluruhan sistem transmisi anda.
Jangan hidupkan enjin kereta apabila posisi gear berada dalam neutral
Elak hidupkan enjin kereta anda ketika posisi gear berada dalam posisi neutral sebelum memandu. Perkara tersebut boleh menyebabkan sistem transmisi anda rosak, dan harga barang untuk membaikinya sangat mahal.
Jangan sesekali meletakkan posisi gear anda dalam keadaan neutral ketika berhenti di lampu isyarat
Meletakkan gear dalam posisi neutral ketika di lampu isyarat untuk menjimatkan minyak adalah tidak betul. Dalam sesetengah kes, lampu isyarat hanya sekejap sahaja dan ianya tidak menjimatkan minyak pun.
Cerita ini tidak berakhir di sini. Anda akan menukar gear setiap kali anda berhenti di lampu isyarat, dan hendak dijadikan cerita, sia-sia sahaja anda tukar gear. Disebabkan kerap tukar gear, anda juga mungkin perlu membaiki sistem gear anda lebih awal daripada yang dijangka.
Elakkan meletakkan gear anda di posisi neutral ketika di lampu isyarat. Gunakan sahaja brek anda, letakkan gear dalam posisi memandu dan bersedia untuk bergerak sekiranya lampu isyarat telah bertukar hijau.
Jangan sesekali menukar posisi kereta anda kepada “P” tanpa menghentikan kenderaan anda sepenuhnya
Gear automatik kenderaan anda mungkin tidak akan membenarkan anda parkir kereta anda tanpa menghentikannya sepenuhnya tetapi anda boleh cuba untuk melakukannya. Apabila anda menggunakan gear “P”, pin pengunci akan masuk ke dalam transmisi untuk mengelak sebarang pergerakan. Sekiranya anda menggunakan gear “P” sebelum kenderaan anda berhenti sepenuhnya, anda mungkin akan menyebabkan pin tersebut rosak. Untuk menggantikan pin tersebut pula memerlukan jumlah wang yang banyak.
Sumber: Motor Biscuit