Ikan ‘Zombie Fish’ yang dinyatakan pupus pada tahun 1998 lalu dilaporkan ditemui di Middle Reedy Lake, Australia, lapor ABC News.
Selepas 20 tahun berlalu, saintis telah menjumpai dua ekor ikan tersebut sebuah tasik berhampiran Kerang pada tahun 2019.
Satu pasukan saintis dan penyelidik segera ditubuhkan susulan daripada penemuan itu, dan mereka telah merancang untuk melakukan pencarian kemungkinan terdapat banyak lagi ikan tersebut hidup di kawasan berhampiran.
Dua tahun kemudiannya, mereka telah berjaya sampai ke satu tahap di mana mereka mengumumkan bahawa mereka telah menjumpai 66 lagi ikan ‘misteri’ yang tinggal di sebuah koloni di sebuah tasik.
Spesis ikan air tawar itu digelar sebagai ‘zombie fish’ oleh Victoria’s North Central Catchment Management Authority, dan kini ianya dipulihara kembali melalui program pembiakan.
“Mereka sangat misteri dan habitat mereka pula cukup khusus. Mereka adalah ikan yang pakar di tanah paya, jadi mereka banyak terdapat di tumbuhan-tumbuhan akuatik yang sangat padat dan tertutup,” kata Peter Rose, dari North Central Catchment Management Authority.
Sumber: India Times