Siakap Keli
Gambar: Emylia Hamdan

“Cuma Jaga Portion,” Kembar Ini Tampil Lebih Menawan, Sama-Sama Berjaya Turun 22kg Lepas Amalkan Diet Dan Senaman Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menurunkan berat badan. Namun, satu cara yang terbukti berkesan ialah dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam secara konsisten.

Tapi, bukan mudah untuk konsisten. Ada sahaja godaan yang selalu membuatkan usaha terhenti di tengah jalan. Lainlah kalau ada ‘geng’ yang sama-sama diet untuk mencapai matlamat yang sama. Lebih semangat jadinya.

Seperti saudari Emylia Hamdan dengan kembarnya yang berhajat untuk mendapatkan berat badan idaman 49 kilogram sebelum raya tahun ini. Hasil usaha konsisten mereka, kini mereka berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kg dalam tempoh enam bulan sahaja. Perkongsian Emylia di komuniti DSSS di Facebook telah mendapat lebih 19 ribu tanda suka dan 1.2 ribu komen.

Jom baca perkongsian Emylia dengan Siakap Keli di bawah. Jelasnya, dia tidak mengamalkan diet eat clean, sebaliknya menjaga jumlah bahagian makanan yang diambil.

“Saya tak buat eat clean pun. Makan je lauk yang ada cuma jaga portion.

“Malam memang tak makan langsung. Kalau lapar sangat makan epal je 1 biji atau buah-buahan yang lain. Tu pun memang tak habis.

“Tapi kadang-kadang ada jugak gantikan nasi dengan roti gandum penuh (wholemeal) pastu telur 1 biji untuk makan tengah hari.

“Kalau sarapan biasanya saya makan telur rebus je 1 biji dengan kicap sikit atau roti wholemeal 1 keping,” kongsinya.

Selain itu tambah Emylia, mereka juga banyak mengamalkan minum air kosong setiap hari.

“Air kosong memang kena minum setiap hari 2 hingga 3 Liter.”

Jelas Emylia, amalan minum air kosong secara tidak langsung membuatkan mereka berasa cepat kenyang.

“Kami jenis cepat kenyang jadi kalau tak makan malam pun okay. Atas badan masing-masing sebab minum air kosong tu pun dah kenyang,” katanya.

“Dulu sebelum diet memang tak boleh kalau tak makan malam selalu je cari makanan.”

Tambah wanita itu, mereka akan mengambil buah-buahan seperti epal merah atau anggur untuk alas perut ketika lapar pada waktu malam. Jika tidak lapar, mereka hanya akan minum air kosong sahaja pada waktu malam.

1500 lompatan setiap hari

“Bulan pertama kitorang buat senaman biasa-biasa je dari Youtube kemudian masuk bulan kedua baru mula skipping. Awal-awal dalam 300 lompatan je, lepas tu buat 1500 macam tu setiap hari.

“Setiap hari kalau saya skipping petang, malam tu saya ada jugak buat zumba untuk perut. Tapi zumba kadang-kadang je, saya fokus dekat skipping dengan kembar.

“Cheat day pun jarang-jarang je. Dalam sebulan mungkin sekali je dan masa tu je minum manis kalau teringin sangat.

Sumber: Emylia Hamdan via Diet Suku-suku Separuh

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.