Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan menyebabkan ramai para ibu terutamanya yang terpaksa menjadi ‘guru’ membantu mengajar anak-anak di rumah.
Selain membantu anak menyiapkan kerja sekolah, ada di antara ibu yang kreatif sehingga mempraktikkan resipi yang ditulis di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Dua. Paling seronok, resipi tersebut menjadi dengan jayanya!
Menerusi perkongsian Mieyzah Razak menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), resipi kek mentega istimewa yang dicuba mengikut buku anaknya itu menjadi dengan ‘gebu’ sehingga menarik perhatian ramai warganet dengan mendapat 7.5 ribu tanda suka, hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik.
Kejadian hari ni.. ambil resepi dalam buku teks ank darjah 2… Jadi lah kek.. Nak resepi tengok pada buku tu ye.. Corak atas saya reka je. Gebu gebas you all.





Terdapat warganet di ruangan komen memberitahu bahawa mereka tidak menyangka resipi sama yang pernah dilihat di buku teks anak-anak itu sebenarnya menjadi.
Malah, ramai juga ibu-ibu sebelum ini yang telah mencuba resipi tersebut bersama anak-anak.
Memang ada tengok dalam buku anak rupaya boleh jadi kek betul
Tak sabar nak buat kek tahun depan sebab anak dah darjah 2
Alamak, anak darjah 4, dah terlepas resipi ni
Saya pun dah buat dengan anak
Sumber: FB Mieyzah Razak via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)