Siakap Keli
Gambar: Anum Jauzy

“Masak Makanan Yang Anak Suka, Bukan Masak Yang Kita Suka”, Akak Ni Kongsi Idea Bekal Untuk Anak-anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ada sebilangan ibu ayah lebih gemar menyediakan bekalan makanan sendiri untuk anak mereka ke sekolah setiap hari.

Antara menu ringkas yang biasa dibekalkan oleh emak-emak kita ini adalah seperti nasi goreng, mi goreng, nasi lemak, kuih-muih dan sebagainya.

Namun, tidak salah sekiranya kita cuba untuk menyediakan bekalan makanan yang lebih pelbagai, mengikut cita rasa anak itu sendiri.

Baru-baru ini, Anum Jauzy ada berkongsi idea penyediaan bekalan makanan dan kepelbagaian menu untuk anaknya di group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Jom ikuti perkongsian ini.

Ini bekal untuk anak saya darjah 1

Gambar: Anum Jauzy

Seronok masak bila setiap kali bekal yang dia bawa semua dia habiskan.

Pernah usik dia suruh order makanan dekat kantin tapi dia taknak, sebab dia cakap mama masak lagi sedap. Lagi la berganda seronok tu.

Tips untuk anak habiskan bekal, masak makanan kesukaan anak, bukan kesukaan kita.

Apa yang saya nak bekalkan semua saya tanya pendapat dia dulu dan kadang-kadang dia yang bagi idea suruh masak apa.

Gambar: Anum Jauzy

Lunch box tu saya beli dekat Shopee. Senang bila ada beberapa space & tempat letak sudu.

Beg pun ada sekali cuma kena beli asing. Tapi cantik bila muat-muat dengan bekal.

Ada terbaca komen yang dia ‘tak kuasa’ nak bagi anak bawak beg banyak-banyak, lebih suka letak dalam beg sekolah.

Tapi bagi saya pula, tak suka bekal dan buku sekolah bercampur walaupun berlainan ‘zip.’

Gambar: Anum Jauzy

Edit: anak saya tak berapa suka nasi, kecuali yang ada ‘rasa.’ Sebab tu saya masak bekal ikut kesukaan anak dan anak saya sekolah sesi petang.

Yang nak link lunch box tu boleh ke fb saya. Kat sini tak boleh share link.

#bekaluwaisjauzy

Gambar: Anum Jauzy
Gambar: Anum Jauzy
Gambar: Anum Jauzy
Gambar: Anum Jauzy
Gambar: Anum Jauzy
Gambar: Anum Jauzy

Sumber: Anum Jauzy melalui Masak Apa Hari Ni

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.