Siapa sahaja yang tidak kenal dengan keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal?
Seorang pegawai polis yang cukup terkenal dengan sifat kasih sayang, nilai kemanusiaan dan ihsan yang tinggi di sebalik ketegasannya ‘menjaga’ keselamatan daerah Petaling Jaya.
Telah banyak ‘cerita’ kebaikannya yang sering kita baca di media sosial. Lebih-lebih lagi sosok tubuh ini sering mengungkapkan kata-kata keramatnya, “One good deed a day”.
Terbaharu, melalui satu kenyataan media PDRM, beliau ‘naik pangkat’ dan ditukarkan dari Ketua Polis Daerah Petaling Jaya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor.

Menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, sejumlah 71 orang pegawai kanan polis dilaporkan terlibat dalam arahan pertukaran pangkat dan salah satunya adalah Nik Ezanee.
Difahamkan, selain menjawat jawatan di posisi ketua bahagian siasatan jenayah, beliau juga turut memangku pangkat Senior Assistant Commisioner (SAC).
Bak kata pepatah, ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Kenaikan pangkat ini sudah semestinya menjadikan beliau dapat melaksanakan tugas dengan skop yang lebih meluas.
Segala-galanya adalah demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara. Tahniah diucapkan buat Tuan Nik Ezanee.
SIARAN MEDIAArahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday, March 12, 2021
SEKALUNG TAHNIAH BUAT YDH SAC NIK EZANEE BIN MOHD FAISAL!Kami dari seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling…
Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Friday, March 12, 2021
Sumber: FB rasmi PDRM