Seorang gadis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan abangnya yang dipercayai hilang sejak 4 Mac lalu.
Menurut Rabiatul Aunie Abu Bakar, abangnya dipercayai hilang selepas majikan di tempat kerja pemuda itu memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarga mengenai kehilangannya melalui panggilan telefon.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat bapanya, Asmadi dikatakan tidak dapat dikesan di tempat kerjanya di 35-02 Susur Dewata 1, Larkin Perdana, Johor Bahru selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Mac lalu.
Asmadi Balkhis, 36 tahun yang merupakan agen syarikat takaful itu dikatakan dilihat kali terakhir di kawasan Batu Pahat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Asmadi diminta berhubung dengan bapanya di talian 017-499 9117 (Abu Bakar) atau adik, di talian 017-452 6548 (Aunie).
Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya meminta untuk rakan-rakan internet untuk viralkan tentang kehilangan abang saya.
Report polis sudah dibuat. Last contact pada 4/3/2021. Boleh hubungi saya kalau ada info mengenai abang saya. Semoga Tuhan membalas segala kebaikan semua. Terima kasih.
Sumber: Rabiatul Aunie Abu Bakar