Siakap Keli

Lelaki Ini Gigih Bakar Kek, Gubah Jadi Tepak Sirih Buat Hantaran Hari Pernikahan

Berbicara tentang perkahwinan, sudah tentu dalam fikiran kita terbayang tentang segala persiapan yang telah dirancang. Tambah-tambah lagi tentang gubahan hantaran untuk majlis pernikahan atau pertunangan, pastinya setiap bakal pengantin inginkan kecantikan.

Bukan itu sahaja, gubahan hantaran ini juga boleh dijadikan sebagai kenangan bersama. Ye lah, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada pasangan dan juga memeriahkan majlis serta mengeratkan talian siratulrahim.

Bila sebut tentang gubahan hantaran, pastinya orang perempuan yang bertungkus lumus menyediakan idea-idea dan gubahan kan? Lain pula perkongsian kali ini, di mana pangantin lelaki yang menyiapkan gubahan hantaran untuk majlis pernikahannya.

Apa yang menarik perhatian ramai, lelaki ini yang dikenali sebagai Muhammad Amin, membakar sendiri kek nikahnya dan mengubah dalam bentuk tepak sirih. Gubahannya tampak klasik dan eksklusif.

“Assalammualaikum, doakan saya yang nak menikah harini ya. Kek hantaran tepak ni sye bakar, dan hias sendiri malam sebelum nikah tadi, tak berapa menjadi tepaknya.”

Rata-rata warganet memberi komen gubahan tersebut sangat cantik dan kreatif. Moga perkongsian kali ini memberi manfaat dan idea untuk korang yang membuat persiapan perkahwinan.

 

Sumber: Muhammad Amin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.