Siakap Keli

“Mak, Aku Rindu Gulai Tu..,” Ustaz Abdullah Khairi Rindu ‘Gulai Ikan Peloktan’ Masakan Terakhir Arwah Mak

Anak mana yang tidak rindukan orang tuanya, tambah-tambah lagi yang telah pergi buat selamanya. Sakit rindu yang membuak-buak tidak dapat ditahan, hanya kiriman doa sahaja dapat luahkan rasa rindu tersebut.

Namun, perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung apabila kita teringat kembali masakan ibu. Air tangan ibulah paling sedap walau hanya satu lauk sahaja.

Menerusi beberapa entri terbaharu akaun Facebook, Ustaz Abdullah Khairi, beliau turut berkongsi hari-hari terakhirnya ibunya masak gulai (kari) ikan pelotan kegemaran keluarganya.

Ustaz Abdullah Khairi meluahkan rasa rindu terhadap ibunya bukan beliau sahaja yang merasainya, bahkan ayahnya juga menahan rindu terhadap isteri tercinta.

“Hari ni bangun tidoq! Teruih doa untuk Mak…. hati dok teringat…”

Gulai terakhir mak masak sebelum… makan dengan Ayah…

Mak! Aku rindu gulai tu…..Gulai ikan peloktan…..

Setelah balik dari wad dan lagi Ayah beli ikan peloktan…. mak nampak sihat walaupun dalam keadaan badan hanya tinggai tulang.. dek Dialysis dan rawatan demi rawatan…Sempat lagi tomeh gulai utk Suami tercinta…

Setelah siap… semua makan bersama Mak…..

Mak!!!!!! Gulai itulah yg terakhir…..

Mak!!!!!! Ceq rindu gulai tu…

Mak!!!!!! Ceq tak pernah lupa doa setiap kali sujud…

Hari ni Ayah pun sama teringat isteri… tengok tengok dah ada depan kubur Mak!!! Mak!!!! Syurga menantimu….!!!

Semoga arwah tenang di sana. Kehilangan orang tersayang pastinya pedih untuk ditelan namun kita seharusnya redha dan banyakkan berdoa untuk mereka.

 

Sumber: Abdullah Khairi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.