Siakap Keli

(Video) “Dah Tempah Hotel, Sponsor Baju Dan Tudung,” Wanita Ini Terkilan 13 ‘Bridesmaid’ Tak Jadi Datang

Sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakan pengantin pada zaman sekarang untuk mempunyai bridesmaid atau pengiring yang terdiri daripada teman-teman rapat si permiasuri bagi menyerikan suasana sewaktu majlis perkahwinan.

Trend ini dikatakan relevan kerana selain ahli keluarga, bridesmaid akan bertugas membantu pengantin untuk melancarkan perjalanan majlis dan berada di sisi pengantin pada setiap masa.

Tetapi, lain pula yang berlaku kepada pengantin ini apabila bridesmaid yang ditunggu-tunggu tidak datang pada saat akhir setelah semua kelengkapan mereka telah disediakan oleh pengantin.

Siap ‘booking’ hotel, sponsor baju dan tudung

Menerusi perkongsian oleh Meysi Ariska, dia merasa terkilan kerana kesemua 13 orang bridesmaid tersebut merupakan kawan baiknya sejak dari sekolah lagi.

Dia sanggup menaja baju dan tudung berserta kos penginapan di hotel kerana jarak perjalanan ke lokasi majlis di Kota Tanjung Pinang memakan masa lebih kurang satu jam dari rumahnya.

Dia yang menunggu kedatangan mereka sehari sebelum majlis seperti yang dijanjikan sebelum itu hampa apabila mendapat kiriman WhatsApp memberitahu kesemua mereka tidak dapat datang dengan alasan ibu bapa mereka tidak memberi izin.

@meysiariska

Makasi buat diri sendiri masih bisa senyum walau hati berantakan #fyp #fypă‚· #fypsounds #wedding #bridesmaid #masalahhati

♬ To the Bone – Pamungkas

Lepas seminggu datang rumah minta maaf

Menurut wanita ini, kesemua 13 orang rakannya itu datang ke rumah selepas seminggu untuk meminta maaf kepadanya. Namun, dia memilih untuk tidak berhubungan lagi dengan mereka semua kerana terlalu kecewa.

@meysiariska

Balas @iin.makeup dari pihak mereka juga gak terima disalahkan dan biasa aja buktinya minta maaf setelah seminggu aku nikah 🙂 #fyp #wedding #fypシ

♬ Tak Mau Berubah – Keisha Ratuliu

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan sokongan kepada wanita berkenaan dan menyifatkan tindakan kesemua rakannya keterlaluan selain tidak ikhlas untuk berkawan.

Takkan semua tak boleh datang, sangat keterlaluan 

Mereka tak ikhlas berkawan, jadikan pengajaran

Sumber: TikTok meysiariska

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.