Siakap Keli

(Video) Viral Makcik Ditemui Berkerusi Roda Di Tepi Jalan, Mujur Ada Gadis Baik Hati Hulur Bantuan

Membuat kebaikan itu tidak perlu mengira siapa pun. Semua orang berhak untuk melakukannya secara langsung ataupun tidak langsung.

Jika kita melewati semua saluran media sosial, boleh dikatakan rakyat Malaysia ini masih ramai yang ada sifat kemanusiaan yang tinggi.

Sering berlegar di ruang maya cerita-cerita tular tentang individu-individu yang sudi bersedekah, sanggup terjun ke longkang selamatkan anak kucing, ditambah lagi figura-figura seperti Ustaz Ebit Lew yang tidak perlu dijelaskan lagi keperibadiannya.

Terlalu banyak aura positif mereka yang boleh kita ambil untuk dijadikan ikutan.

Hari ini pula tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita yang sanggup berhentikan kenderaannya, semata-mata untuk membantu pergerakan warga emas berkerusi roda. Jom hayati video ini.

 

Apa kata warganet

Sementara itu, rata-rata warganet menzahirkan ucapan bangga dan terharu akan sikap wanita itu yang mempunyai nilai simpati yang tinggi.

“Susah nak jumpa insan cantik lagi baik hati macam ni…”

“…anak perempuan paling baik di dunia ini..”

“Tak rasa jijik pegang dan tolong orang tua itu..”

“Satu dalam sejuta, walau apapun bangsamu, walau apapun agamamu..”

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'