Kalau sebut je jalan Karak Lama dalam otak mesti terus terfikir benda-benda yang menyeramkan. Mana taknya kalau banyak sangat kisah misteri yang kita dengar dari orang tentang jalan tersebut, kalau boleh memang nak elak dari lalu jalan tersebut tambah-tambah lagi bila waktu malam.
Kisah yang selalu menjadi bualan ramai sudah semestinya kereta kuning Volkswagen lama yang sering menjadi misteri di jalan tersebut.
Namun, lain pula yang terjadi bila salah seorang pengguna Twitter mebuat ‘troll’ tentang kereta tersebut membuatkan ramai terhibur. Ya, pada mulanya seram, tetapi berbalik dengan kapsyen gambar tersebut terus jadi lucu.
“Siang siang tido dulu, malam malam baru start kerja kat Karak”
Sehingga kini, posting Anuar Faiz yang dikongsikan tersebut menerima lebih daripada 7 ribu ulang kicau dan lebih 12 ribu tanda suka.
Sumber: Anuarfaiz