Siakap Keli
Gambar: @h4yabusatiktok

(Video) Seram, Entiti ‘Misteri’ Seakan Budak Berwajah Pucat ‘Jenguk’ Disebalik Pintu Bikin ‘Cuak’

Baru-baru ini seorang lelaki ada memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya yang dirakam di sebuah tandas awam.

Lelaki tersebut mendapati bahawa terdapat satu kelibat entiti yang sukar untuk dijelaskan di salah satu tandas tersebut.

Akaun @h4yabusatiktok menjelaskan bahawa video tersebut adalah milik rakan kekasihnya. Dalam video tersebut, dua gadis bertudung dilihat sedang merakam saja-saja sambil melihat cermin yang terdapat di tandas berkenaan.

Secara tidak sengaja, ketika kamera telefon mereka diarahkan ke salah satu tandas di situ, tiba-tiba muncul sosok kanak-kanak kecil berambut panjang yang seakan mengintip mereka melalui pintu tandas tersebut.

Sosok tersebut dilihat seakan memerhatikan kedua-dua gadis tersebut, bahkan sempat melihat ke arah kamera berkenaan. Perkara yang bikin seram adalah, wajahnya yang kelihatan pucat, bahkan ada yang menyatakan bahawa wajah sosok itu sudah hancur.

“Tadi saya telah hantar story ini kepada rakan saya. Dan dia mengatakan bahawa itu bukan rakannya. Jadi apa itu,” tulisnya sambil bertanyakan kepada warganet yang melihat video tersebut.

Dia juga turut memuat naik perbualan diantara kekasihnya dan rakannya yang mengalami kejadian itu. Menurut gadis itu, dia tidak menyedari bahawa sosok itu ada di bilik tandas tersebut ketika mereka berada di sana.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini ianya hampir mendapat tontonan sebanyak sejuta kali.

@h4yabusatiktok

Menurut kalian itu apa😣#mobilelegendsphofficial #mobilelegens #voiceeffect #duet #fypシ゚viral#misti #mistik #serem #angker #paranormal

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Sumber: hitekno.com

Aqmal Ezany

I write what is right