Siakap Keli
Gambar: Serambinews.com

Didakwa Kesan Bermain ‘Game’ Hingga Pergerakan Badan Tidak Terkawal, Ini Respon Doktor

Seorang pemuda yang berumur 17 tahun berasal dari Kecamatan Peureulak, Banda Aceh, Indonesia telah dirujuk ke RSUZA kerana disyaki mengalami gangguan saraf sehingga pergerakan tubuhnya tidak terkawal didakwa akibat bermain game online, lapor Tribun News.

“Betul, pada hari Isnin lalu, seorang remaja beruisa 17 tahun telah dirujuk ke jabatan neurologi,” kata Pengarah Rumah Sakit Dr. Zubir Mahmud, Aceh Timur, Dr. Edi Gunawan.

“Kemudian, seorang pakar neurologi, Dr. Abdul Muis merujuk pesakit itu ke Rumah Sakit Zainoel Abidin di Banda Aceh untuk pemeriksaan lanjut,” kata Dr. Edi Gunawan.

Dalam pemeriksaan di jabatan neurologi semalam, jelas Dr. Edi, pakar neurologi hanya memberikannya ubat.

Seterusnya, doktor merujuk pesakit itu ke RSUZA Banda Aceh untuk mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami gangguan saraf atau gejala penyakit lain seperti epilepsi.

“Jadi, doktor sehingga kini tidak dapat memastikan bahawa perkara itu terjadi disebabkan kerana bermain game online,” jelasnya.

“Itu hanya andaian orang saja. Disebabkan itu, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui penyebab pergerakan yang tidak terkawal pada tubuh pesakit. Setakat ini, kami tidak dapat membuat apa-apa kesimpulan lagi,” katanya.

Pengarah RSUD Dr. Zubir Mahmud mengakui bahawa dia juga turut menerima kiriman video yang memaparkan seorang pesakit yang mengalami pergerakan tidak terkawal dan pengirim video tersebut turut bertanyakan tentang penyebabnya.

Terdahulu, kata Dr Edi, belum ada pesakit lagi yang merujuk ke RSUD Dr. Zubir Mahmud, Aceh Timur, dengan kes yang serupa.

Walaupun begitu, kata Dr Edi, hasil pemeriksaan sementara yang dilakukan, disyaki bahawa adanya gangguan saraf pada pesakit kerana dia mengalami pergerakan badan (tangan) yang tidak terkawal.

“Biasanya, jika gejalanya seperti itu, saya mengesyaki perkara itu adalah kerana gangguan saraf,” kata Dr Edi.

“Kerana kawalan pergerakan badan kita berada di serabut saraf pusat. Jadi jika ada pergerakan yang tidak normal, itu pasti kerana gangguan saraf,” jelasnya.

Namun untuk memastikannya, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut,” kata Dr Edi Gunawan.

Dr Edi juga turut mengirimkan video pesakit sedang menunggu menjalani proses rawatan ke Serambinews.com.

Dalam video tersebut, kelihatan bahawa pesakit mengalami pergerakan badan yang tidak terkawal, terutama di tangan dan kaki.

Seseorang yang menemani pesakit menyatakan bahawa gejala yang dialami pesakit adalah disebabkan oleh kesan bermain game online.

“Ia disyaki bahawa ini adalah kesan bermain game. Ketika dia tidur, kaki dan tangannya bergetar,” kata seseorang dalam video itu.

Sumber: Serambinews.com

Aqmal Ezany

I write what is right