Pasti ramai yang pernah melalui pengalaman di mana pintu secara tiba-tiba tersekat dan tersangkut.
Hal tersebut telah membuatkan diri menjadi terkurung. Dan perkara yang bermain di fikiran pastinya akan memecahkan sahaja pintu itu.
Namun jika tidak berjaya, boleh menghubungi terus bomba untuk datang membantu.
Pun begitu lain pula ceritanya kepada seorang pengguna Facebook bernama Safra Hussain ini apabila dia bersama dengan anak-anaknya telah terperangkap di dalam tandas selama lebih 7 jam.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat
Semalam terkurung dalam bilik air dgn anak-anak selama 7 jam lebih.
Paling risau kan anak-anak, sampai biru kecut tangan kaki. Cara kita org nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.
Masa tersedar terkunci dari dalam, cuba untuk tenangkan diri sebab kita sejenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble.
Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol.
Segala usaha sia-sia.
Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa plak menyusu je, sampai tahap kita dah hypo. Dah lemah rasa nak tidur, rasa mcm nak tutup je mata.
Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, kita basuh lah toilet, bila dah hujung-hujung tak tau masa tu pukul berapa dah rasa tak kuat tapi tengok anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk tombol, masih sia-sia.
Bila Mikayla cakap “Im cold” sebab mikayla sejenis kalau tidur dalam aircond taknak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk” luluhnya hati. Dia siap tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut.
Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak seen wassap & tak jawab phone. Pukul 4.30 dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.
Alhamdulillah.
Pengajaran untuk kita dan juga semua.
Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone kemana sahaja.
Kerana anaknya masih lagi trauma dengan kejadian tersebut, marilah kita sama-sama mendoakan agar anaknya kembali pulih seperti sedia kala.
Menurut wanita ini yang dihubungi Siakap Keli, anak-anaknya masih berada dalam trauma ekoran kejadian tersebut. Oleh itu, doa daripada anda semua untuk anak-anaknya kembali pulih seperti sedia kala amatlah dihargai.
Sumber: Safra Hussain