Siakap Keli
Kredit: Football Tribe/Google

Tak Pernah Ambil ‘Supplement’ Sepanjang 15 Tahun Beraksi, ‘Legenda’ Kedah Azmeer Yusof Kongsi 4 Tips Gaya Hidup Sihat

Siapa yang tidak kenal dengan bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof? Beliau ialah pemain yang sudah ‘gantung jersi’ dan kini menikmati hari-hari ‘persaraannya’ dengan kerja-kerja kebajikan.

Bermacam-macam usaha kebaikan yang dilakukannya. Pernah beliau mewakafkan rumahnya sendiri untuk dijadikan dewan majlis perkahwinan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Tidak hanya membantu daripada segi kebajikan, Azmeer juga turut membangunkan sebuah pusat pengajian agama yang diberi nama Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY) di Kedah.

Terbaharu, legenda Kedah ini berkongsi amalan gaya hidup sihatnya sepanjang 15 tahun beraksi di atas padang. Mungkin hanya empat tips sahaja dan agak ringkas, tetapi tips keempat itulah yang ramai tidak mampu melakukannya. Mari ikuti perkongsiannya ini.

Gambar: Azmeer Yusof

Percayakah kalian sepanjang karier saya selama 15 tahun, tidak sekali pun saya mengambil supplement.

Kebanyakan pemain mengambil supplement untuk mengelakkan kecederaan dan mengekalkan kecergasan. Even professional player sekali pun mengambil supplement.

Rekod kecederaan teruk saya hanya berlaku pada tahun 2010.

  • Patah tulang pipi
  • Miniscus koyak (untuk player this is normal, tapi saya anggap sahaja teruk)
  • Poplitus tendon (Alhamdulillah just rest tak operate pun)

Tahun-tahun yang lain Alhamdulillah Allah lindung saya.

Ok tips yang saya amalkan untuk mengelakkan kecederaan teruk:-

  • Mandi sebelum azan Subuh
  • Sarapan sebelum 8.30 pagi
  • Ambil banyak protein
  • Tidur SEBELUM 10 malam

Point keempat kebanyakan players susah nak buat. Tapi point keempat inilah yang membuatkan fizikal kita dapat rehat secukupnya.

Melalui point keempat ini juga kita dapat fokus sepenuhnya di atas padang dan kecederaan dapat dielakkan, serta Allah akan tolong kita untuk perform InsyaAllah.

Whatever is it, solat lima waktu WAJIB dibuat dan jangan tinggalkan langsung, minta pada Allah supaya tidak cedera dan mohon supaya perform sentiasa.

Sumber: Azmeer Yusof

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.