Siakap Keli
Gambar: Torque

TERKINI: Harga Minyak RON97 Naik 7 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 18 Mac 2021 sehingga 24 Mac 2021.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.47 seliter.

Harga runcit bagi petrol RON95 pula dilaporkan kekal pada paras RM2.05 seliter.

Sementara itu, harga runcit bagi diesel juga turut kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan telah mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan Malaysia juga menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Sumber: @MOFmalaysia

 

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.